Dilengkapi dengan tagging, terjemahan, tajwid berwarna, asbabun nuzul, hadis sahih, hikmah, asmaulhusna, indeks tematik, nota kaki, pernikahan, kekeluargaan, dan ibrah wanita. Al-Quran ini hadir dengan empat warna pastel pilihan iaitu ungu, merah jambu, turquoise dan gold. Penanda buku yang dilengkapi dengan Panduan tajwid kod berwarna, tanda-tanda waqaf, Panduan berwaqaf, Doa sujud tilawah, Doa permulaan membaca Al-Quran dan terjemahannya. Al-Quran ini juga telah di “highlight” pada ayat-ayat berkaitan dengan kaum wanita yang telah disebut dalam al-Quran.