Dalam buku ini, Imam Al-Qurtubi telah menjelaskan kepada kita tentang hal-ehwal yang berkaitan dengan kematian, bermula dari hakikat kehidupan, hakikat kematian, bagaimanakah keadaan orang yang mati, pengurusan jenazah, adab-adab semasa di tanah perkuburan, azab dan kenikmatan di alam kubur atau barzakh, padang mahsyar, Al-Mizan, As-Sirat, Syurga, Neraka dan seterusnya.